Thursday, 16 August 2012

i nEEd mY AnGLe =(

aku perlukan seseorang yang boleh menemani aku bila aku berada dalam kesedihan .. 
aku tak kuat mengharungi semua ni keseorangan .. 
Ya Allah .. 
berilah aku peneman yang paling setia untuk aku ketika aku senang, susah, sedih , gembira dan sakit .. 
aku perlukan teman untuk berkongsi .. 
aku kesunyian sekarang ni .. 
aku perlukan teman .. 
I NEED MY CLOSE UP .. 
I NEED MY ANGLE .. 
PLISSSS ..
GIVE A MORE CHANGE !!! =(

keSEDIHan kU .. :'(

kenapalah orang yang aku sayang selalu buat aku sedih ..
aku ni memang tak layak untuk mendapat kasih sayang dari dia ke ??
apa la salah aku ..
teruk sangat ke aku ni pada pandangan dia ..
ke aku ni memang tak layak untuk dapat kebahagian dari orang yang aku sayang ..
Ya Allah .. hanya kau sahaja yang tahu macam mana perasaan aku dan apa yang aku rasa ..
kenapa setiap kata kata dia amat menyakitkan ..
kuatkan aku Ya Allah ..
aku tahu ni semua dugaan bagi ku ..
tapi ..
adakah aku kuat untuk menerima dugaan seperti ini ??
aku betul betul tak kuat bila dugaan perasaan Ya Allah ..
hmmmm ..
aku hanya mampu menangis je bila aku bersedih ..
aku tahu aku tak sempurna .. tapi kenapa setiap kali aku sayang seseorang ..
pasti sayang aku tak dibalas balik ..
aku betul betul bingumg dengan semua ni ..
aku tak kuat Ya Allah ..
bantu aku Ya Allah .. hmmmm .. :'(

Wednesday, 15 August 2012

axIIp =)

kenapa la dia da berubah ..
aku nak dia yang sebelum ni ..
bukan yang sekarang ..
dia seorang yang annoying sekarang ni ..
menyakitkan hati ..
kata-kata dia tak pernah nak fikir perasaan orang ..
main cakap lepas je ..
sedih kot ..
tapi kenapa setiap kata-kata dia yang menyakitkan tu .. 
buat aku sedih and nak menangis ..
tak kan la aku sayang dia ..
tapi sebelum ni .. 
aku memang sayang dia pon ..
kenapa aku tak benci dia .. 
walaupon dia ni makin lama makin annoying .. 
haaaiiisssshhh ..
Ya Allah .. bagi la aku kesabaran menghadapi dugaan ni ..
hmmm ..
'STOP KENALI I' 
ayat yang paling pedih yang pernah dia cakap .. 
then ..
sekarang dia timbul kan balik isu tu .. 
dia memang nak aku stop kenali dia ke .. 
tapi tu semua mustahil bagi aku ..
bila dia cakap macam tu .. 
lagi la aku takkan stop kenali dia .. 
aku makin nak kenali dia lagi adalah .. 
hmmmm .. 
dan aku da start sayang kat dia balik .. 
and sayang dia sangat-sangat .. 
hope sayang aku tak kan berubah .. 
Ya Allah ..
berilah aku kekuatan dalam menyayangi hambamu itu .. u_u

Tuesday, 14 August 2012

kegembiraan KU n_n

sejak aku mula kenal dia ..
aku mula happy ..
walaupun aku tengah sakit ..
aku dapat semangat dari dia untuk teruskan perjalanan hidup aku ..
aku rasa senang dengan dia ..
hope aku dapat kekal kan persahabatan aku dengan dia ..
bila aku fikirkan kerapatan aku dengan dia ..
aku mula confused ..
apa sebenar nya perasaan aku terhadap dia ..
adakah aku sayang dia hanya sebagai kawan ..
or lebih dari itu ..
Ya Allah ..
bagi la aku petunjuk mu yang sebenar ..
Ya Allah ..
apa perasaan aku pada dia ..
aku bingung ..
tapi aku senang sangat dengan dia ..
dia buat aku tersenyum ..
dia buat aku selalu fikir pasal dia ..
dia buat aku rasa bahagia ..
dia care sangat pasal aku ..
dia cakap ..
dia tak suka tengok aku sakit ..
dia cakap ..
dia benci tengok aku sakit ..
then ..
dia akan selalu ingatkan aku untuk makan ubat ..
da macam husband aku da aku rasa ..
hahahaha ..
by the way ..
ada satu benda yang aku agak terkejut ..
yang dia cakap ..
'dia nak jaga aku'
aku rasa terkejut kot ..
tak pernah kot lelaki cakap kat aku macam tu ..
dia orang yang pernah coupke dengan aku pon tak pernah cakap nak jaga aku ..
haiiisssshh ..
dia ni ..
sweet sangat ..
hope aku boleh buka pintu hati aku untuk menyayangi dia sepenuh hati ..
if dia adalah jodoh aku ..
aku akan terima dia seadanya ..
insyaAllah ..
dengan izin Nya ..
^_^



Wednesday, 30 May 2012

ERTI PERSAHABATAN n_n

Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikianati bila dia tidak menepati janjinya.kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelasaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah , agar tidak rebah?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut , ada rasa … bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyuman nya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya , mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu …. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepeti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah …….

Saturday, 26 May 2012

PERSAHABATAN ku .. n_n

ada perkara yang paling aku suka fikirkan dalam hidup aku .. 
ialah tentang 'PERSAHABATAN'..
aku mempunyai dua orang sahabat yang paling aku sayang ..
seorang lelaki dan seorang perempuan ..
tapi yang best nya .. 
sahabat aku ni pasangan kekasih ..
pandaikan aku pilih sahabat ..
hahahaha ..
ala .. semua tu kebetulan je .. 
tapi aku tak kisah pun dia orang tu macam mana ..
sebab aku da kenal dia orang luar dan dalam ..
apa-apa pun dia orang tetap sahabat aku dunia dan akhirat ..
insyaAllah dengan izin Nya ..
aku harap aku tak akan kehilangan sahabat aku ni sebab perangai aku ..
aku takut semua tu akan berlaku dekat aku .. 
aku mesti tak boleh nak terima dengan hati yang ikhlas ..
tapi kali ni aku da kecewakan sahabat baik aku ..
apa yang patut aku buat ..
aku perlukan ruang untuk memikirkan jalan penyelesaian atas perkara ni .. 
aku rasa aku lemah untuk hadapi perkara ni .. 
Ya Allah , berilah kekuatan kepada hambamu ini untuk menghadapi perkara yang dia alami sekarang ni .. amin ..
semoga aku dapat kembalikan kegembiraan dalam persahabatan yang telah aku jalinkan dengan izin Nya .. insyaAllah ..



Thursday, 10 May 2012

HIDAYAH ku .. ^_^

dalam kehidupan aku .. 
aku hanya tahu jalani kehidupan aku dengan biasa ..
tanpa memikirkan tanggungjawab aku sebagai manusia .. 
banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu aku pikul kan ..
bukan sahaja sebagai anak , tapi juga sebagai pelajar, kawan dan perempuan ..


tanggungjawab sebagai anak ..
aku perlu memberi kebahagiaan pada keluarga aku ..
aku kena jaga maruah ibu bapa aku ..
aku harus menunjukkan tauladan yang baik pada keluarga aku ..
setiap yang aku lakukan .. 
pasti akan diambil kira ..
seperti perangai aku dirumah dan diluar rumah ..
adik-adik aku mesti akan melihat perangai aku ..
tidak kiralah perangai baik atau buruk ..
mereka akan cuba lakukan apa yang pernah aku lakukan .. 
jadi .. 
aku kena jadi contoh yang baik buat mereka .. 
apa-apa pun keadaan aku .. 


tanggungjawab sebagai pelajar ..
aku perlu usaha lebih untuk dapatkan apa yang perlu aku lakukan sebagai pelajar ..
jangan sesekali mengalah atas satu kegagalan ..
satu kegagalan tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya ..
'USAHA TANGGA KEJAYAAN' ..
itulah kata-kata yang selalu aku gunakan ..
untuk menaikkan semangat diri aku dan kawan-kawan ..


tanggungjawab sebagai kawan ..
KAWAN ..
tanggungjawab yang agak sukar jugak untuk aku pikul ..
macam-macam ragam kawan yang aku terima .. 
memang tak terkatalah ..
setiap kawan aku perlu jaga hati dan perasaan mereka ..
kalau tak ..
mereka akan fikir aku ni bukan kawan yang terbaik buat mereka ..
aku akan tolong dia orang pada tahap yang aku mampu .. 
walaupun macam mana susah pun aku waktu tu ..
tapi aku tak kisah dengan semua tu .. 
aku rela korbankan perasaan aku ..
asalkan kawan-kawan aku selesa bersama aku ..


tanggungjawab sebagai perempuan ..
satu lagi tanggungjawab yang boleh dikatakan paling sukar ..
aku sebagai perempuan harus jaga diri aku dengan baik ..
perempuan ni insan yang paling lemah ..
mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling ..
dalam islam pun ada mengatakan ..
perempuan mempunyai 9 nafsu dan mempunyai 1 akal ..
jauh beza berbanding lelaki .. 
aku boleh lihat dengan keadaan sekeliling aku .. 
perempuan zaman sekarang ..
segelintir darinya sudah tidak seperti perempuan ..
sanggup menggadaikan diri kepada lelaki semata-mata kemewahan, kesenangan dan kasih sayang dari lelaki ..
semua tu sudah ditakdirkan oleh Allah ..
kita cuma jalani kehidupan didunia yang sudah ditentukan oleh Allah ..
Allah mencipta hambanya untuk mempelajari ilmunya, mengawal nafsu untuk mengejar kerjaya didunia dan mendapatkan kerjaya diakhirat ..
aku bukan nak kata aku ni baik sangat ..
banyak jugak dosa yang pernah aku lakukan ..
sekarang ni aku sedang berusaha perbaiki diri kepada diri aku yang sebenar ..
aku cuba jadi insan yang seperti mana nama yang aku ada ..
aku nak jadi insan yang mempunyai HIDAYAH .. 
aku tak nak lah jadi insan yang sebaliknya dari nama aku ..
aku mesti jadi insan yang berguna untuk diri sendiri dan keluarga aku ..=)

Sunday, 6 May 2012

mencari ketenangan HIDAYAH ku .. n_n

setiap kehidupan yang aku lalui .. 
banyak cabarannya .. 
seperti sekarang .. 
hari ini banyak benda yang aku lalui ..
salah satunya ialah 'PERASAAN' .. 
perasaan adalah perkara yang paling takut untuk aku lalui ..
kerana ianya memainkan peranan penting dalam hidupku ..
jika aku hidup tanpa mempunyai perasaan .. 
umpama hidup ku terumbang ambing ..
tidak tahu hala tuju hidup ..
sebab perasaan yang mengawal diri kita sendiri ..
apa yang aku tahu .. 
perasaan ini lah memberi aku sesuatu kefahaman dalam diri aku ..
macam sekarang yang aku lalui ..
sekarang aku tengah bingung dengan perasaan aku ..
antara sayang sebagai kawan atau sayang sebagai kekasih .. 
huh ..
satu keputusan yang agak sukar untuk aku buat .. 
runsing kepala aku ..
apa yang perlu aku buat sekarang ??
tak kan nak duduk diam tanpa memikirkan apa-apa keputusan .. 
hmmm ..
bersabar, berserah, berdoa dan bertawakal .. 
itu saja yang mampu .. 
huhuhuhu .. =)

Thursday, 8 March 2012

kisah diriKU .. U_U

skunk idop aq sunyi sgt .. x twu npew .. aq ske brsndrian .. kdang2 .. org tgk aq pon plik ..
npew aq ske sowg2 .. sdangkn sekeliling aq rmai sgt kwan yg ley hepy kn dri aq ..
tp .. aq x pnah amik pduli .. klu kwan2 aq tgur aq bru aq lyan dorg .. tu la aq .. aq jd cm ni .. mgkin bb msa lalu aq kot .. huhuhuhu .. arghhh .. biar la .. x nk ngt da .. yg pntg skunk .. aq pk psal mse dpan aq jew .. aq nk success .. aq x nk kcndang dlm idop .. dsbb kn mse lalu .. aq nk hepy kn fmly aq .. nk ubh khdpn famly aq .. hope ap yg aq hrapkn .. termakbul ..