Wednesday, 30 May 2012

ERTI PERSAHABATAN n_n

Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikianati bila dia tidak menepati janjinya.kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelasaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah , agar tidak rebah?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut , ada rasa … bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyuman nya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya , mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu …. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepeti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah …….

Saturday, 26 May 2012

PERSAHABATAN ku .. n_n

ada perkara yang paling aku suka fikirkan dalam hidup aku .. 
ialah tentang 'PERSAHABATAN'..
aku mempunyai dua orang sahabat yang paling aku sayang ..
seorang lelaki dan seorang perempuan ..
tapi yang best nya .. 
sahabat aku ni pasangan kekasih ..
pandaikan aku pilih sahabat ..
hahahaha ..
ala .. semua tu kebetulan je .. 
tapi aku tak kisah pun dia orang tu macam mana ..
sebab aku da kenal dia orang luar dan dalam ..
apa-apa pun dia orang tetap sahabat aku dunia dan akhirat ..
insyaAllah dengan izin Nya ..
aku harap aku tak akan kehilangan sahabat aku ni sebab perangai aku ..
aku takut semua tu akan berlaku dekat aku .. 
aku mesti tak boleh nak terima dengan hati yang ikhlas ..
tapi kali ni aku da kecewakan sahabat baik aku ..
apa yang patut aku buat ..
aku perlukan ruang untuk memikirkan jalan penyelesaian atas perkara ni .. 
aku rasa aku lemah untuk hadapi perkara ni .. 
Ya Allah , berilah kekuatan kepada hambamu ini untuk menghadapi perkara yang dia alami sekarang ni .. amin ..
semoga aku dapat kembalikan kegembiraan dalam persahabatan yang telah aku jalinkan dengan izin Nya .. insyaAllah ..



Thursday, 10 May 2012

HIDAYAH ku .. ^_^

dalam kehidupan aku .. 
aku hanya tahu jalani kehidupan aku dengan biasa ..
tanpa memikirkan tanggungjawab aku sebagai manusia .. 
banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu aku pikul kan ..
bukan sahaja sebagai anak , tapi juga sebagai pelajar, kawan dan perempuan ..


tanggungjawab sebagai anak ..
aku perlu memberi kebahagiaan pada keluarga aku ..
aku kena jaga maruah ibu bapa aku ..
aku harus menunjukkan tauladan yang baik pada keluarga aku ..
setiap yang aku lakukan .. 
pasti akan diambil kira ..
seperti perangai aku dirumah dan diluar rumah ..
adik-adik aku mesti akan melihat perangai aku ..
tidak kiralah perangai baik atau buruk ..
mereka akan cuba lakukan apa yang pernah aku lakukan .. 
jadi .. 
aku kena jadi contoh yang baik buat mereka .. 
apa-apa pun keadaan aku .. 


tanggungjawab sebagai pelajar ..
aku perlu usaha lebih untuk dapatkan apa yang perlu aku lakukan sebagai pelajar ..
jangan sesekali mengalah atas satu kegagalan ..
satu kegagalan tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya ..
'USAHA TANGGA KEJAYAAN' ..
itulah kata-kata yang selalu aku gunakan ..
untuk menaikkan semangat diri aku dan kawan-kawan ..


tanggungjawab sebagai kawan ..
KAWAN ..
tanggungjawab yang agak sukar jugak untuk aku pikul ..
macam-macam ragam kawan yang aku terima .. 
memang tak terkatalah ..
setiap kawan aku perlu jaga hati dan perasaan mereka ..
kalau tak ..
mereka akan fikir aku ni bukan kawan yang terbaik buat mereka ..
aku akan tolong dia orang pada tahap yang aku mampu .. 
walaupun macam mana susah pun aku waktu tu ..
tapi aku tak kisah dengan semua tu .. 
aku rela korbankan perasaan aku ..
asalkan kawan-kawan aku selesa bersama aku ..


tanggungjawab sebagai perempuan ..
satu lagi tanggungjawab yang boleh dikatakan paling sukar ..
aku sebagai perempuan harus jaga diri aku dengan baik ..
perempuan ni insan yang paling lemah ..
mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling ..
dalam islam pun ada mengatakan ..
perempuan mempunyai 9 nafsu dan mempunyai 1 akal ..
jauh beza berbanding lelaki .. 
aku boleh lihat dengan keadaan sekeliling aku .. 
perempuan zaman sekarang ..
segelintir darinya sudah tidak seperti perempuan ..
sanggup menggadaikan diri kepada lelaki semata-mata kemewahan, kesenangan dan kasih sayang dari lelaki ..
semua tu sudah ditakdirkan oleh Allah ..
kita cuma jalani kehidupan didunia yang sudah ditentukan oleh Allah ..
Allah mencipta hambanya untuk mempelajari ilmunya, mengawal nafsu untuk mengejar kerjaya didunia dan mendapatkan kerjaya diakhirat ..
aku bukan nak kata aku ni baik sangat ..
banyak jugak dosa yang pernah aku lakukan ..
sekarang ni aku sedang berusaha perbaiki diri kepada diri aku yang sebenar ..
aku cuba jadi insan yang seperti mana nama yang aku ada ..
aku nak jadi insan yang mempunyai HIDAYAH .. 
aku tak nak lah jadi insan yang sebaliknya dari nama aku ..
aku mesti jadi insan yang berguna untuk diri sendiri dan keluarga aku ..=)

Sunday, 6 May 2012

mencari ketenangan HIDAYAH ku .. n_n

setiap kehidupan yang aku lalui .. 
banyak cabarannya .. 
seperti sekarang .. 
hari ini banyak benda yang aku lalui ..
salah satunya ialah 'PERASAAN' .. 
perasaan adalah perkara yang paling takut untuk aku lalui ..
kerana ianya memainkan peranan penting dalam hidupku ..
jika aku hidup tanpa mempunyai perasaan .. 
umpama hidup ku terumbang ambing ..
tidak tahu hala tuju hidup ..
sebab perasaan yang mengawal diri kita sendiri ..
apa yang aku tahu .. 
perasaan ini lah memberi aku sesuatu kefahaman dalam diri aku ..
macam sekarang yang aku lalui ..
sekarang aku tengah bingung dengan perasaan aku ..
antara sayang sebagai kawan atau sayang sebagai kekasih .. 
huh ..
satu keputusan yang agak sukar untuk aku buat .. 
runsing kepala aku ..
apa yang perlu aku buat sekarang ??
tak kan nak duduk diam tanpa memikirkan apa-apa keputusan .. 
hmmm ..
bersabar, berserah, berdoa dan bertawakal .. 
itu saja yang mampu .. 
huhuhuhu .. =)