dalam kehidupan aku ..
aku hanya tahu jalani kehidupan aku dengan biasa ..
tanpa memikirkan tanggungjawab aku sebagai manusia ..
banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu aku pikul kan ..
bukan sahaja sebagai anak , tapi juga sebagai pelajar, kawan dan perempuan ..
tanggungjawab sebagai anak ..
aku perlu memberi kebahagiaan pada keluarga aku ..
aku kena jaga maruah ibu bapa aku ..
aku harus menunjukkan tauladan yang baik pada keluarga aku ..
setiap yang aku lakukan ..
pasti akan diambil kira ..
seperti perangai aku dirumah dan diluar rumah ..
adik-adik aku mesti akan melihat perangai aku ..
tidak kiralah perangai baik atau buruk ..
mereka akan cuba lakukan apa yang pernah aku lakukan ..
jadi ..
aku kena jadi contoh yang baik buat mereka ..
apa-apa pun keadaan aku ..
tanggungjawab sebagai pelajar ..
aku perlu usaha lebih untuk dapatkan apa yang perlu aku lakukan sebagai pelajar ..
jangan sesekali mengalah atas satu kegagalan ..
satu kegagalan tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya ..
'USAHA TANGGA KEJAYAAN' ..
itulah kata-kata yang selalu aku gunakan ..
untuk menaikkan semangat diri aku dan kawan-kawan ..
tanggungjawab sebagai kawan ..
KAWAN ..
tanggungjawab yang agak sukar jugak untuk aku pikul ..
macam-macam ragam kawan yang aku terima ..
memang tak terkatalah ..
setiap kawan aku perlu jaga hati dan perasaan mereka ..
kalau tak ..
mereka akan fikir aku ni bukan kawan yang terbaik buat mereka ..
aku akan tolong dia orang pada tahap yang aku mampu ..
walaupun macam mana susah pun aku waktu tu ..
tapi aku tak kisah dengan semua tu ..
aku rela korbankan perasaan aku ..
asalkan kawan-kawan aku selesa bersama aku ..
tanggungjawab sebagai perempuan ..
satu lagi tanggungjawab yang boleh dikatakan paling sukar ..
aku sebagai perempuan harus jaga diri aku dengan baik ..
perempuan ni insan yang paling lemah ..
mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling ..
dalam islam pun ada mengatakan ..
perempuan mempunyai 9 nafsu dan mempunyai 1 akal ..
jauh beza berbanding lelaki ..
aku boleh lihat dengan keadaan sekeliling aku ..
perempuan zaman sekarang ..
segelintir darinya sudah tidak seperti perempuan ..
sanggup menggadaikan diri kepada lelaki semata-mata kemewahan, kesenangan dan kasih sayang dari lelaki ..
semua tu sudah ditakdirkan oleh Allah ..
kita cuma jalani kehidupan didunia yang sudah ditentukan oleh Allah ..
Allah mencipta hambanya untuk mempelajari ilmunya, mengawal nafsu untuk mengejar kerjaya didunia dan mendapatkan kerjaya diakhirat ..
aku bukan nak kata aku ni baik sangat ..
banyak jugak dosa yang pernah aku lakukan ..
sekarang ni aku sedang berusaha perbaiki diri kepada diri aku yang sebenar ..
aku cuba jadi insan yang seperti mana nama yang aku ada ..
aku nak jadi insan yang mempunyai HIDAYAH ..
aku tak nak lah jadi insan yang sebaliknya dari nama aku ..
aku mesti jadi insan yang berguna untuk diri sendiri dan keluarga aku ..=)

No comments:
Post a Comment