Wednesday, 30 May 2012
ERTI PERSAHABATAN n_n
Dalam
dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita
bersendiri,kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami
kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita Cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikianati bila dia
tidak menepati janjinya.kita tidak memberi dia peluang untuk menerang
keadaannya.Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.kita
terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…. Kerana kita juga ada
janji yang tidak ditepati.kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan
kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa…. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar
luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita
luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelasaian masalah. Selalunya kita
terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan
kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi
dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??mampukah kita
menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita
rasa kecewa dan menyerah kalah?? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah ,
agar tidak rebah?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa
untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia
juga ada rasa takut , ada rasa … bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada
kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya
itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka. Disebalik senyuman nya itu, mungkin banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya , mungkin tersimpan seribu
kekalutan, kita tidak tahu …. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepeti dia,
mungkin kita akan tahu. Renungilah …….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment